Tuesday, December 27

excited berakhir dengan perpisahan

Assalamualaikum

some of conversation text with him
24hb disember 2011
him: i miss you
me : me too.heee.*excited giler time ni.
him:demam camne?dah ok?
me :emm dah ok sikit.just batuk and selsema je.nanti ok la tu.*panjang pulak aku reply
him :ow bagus la camtu.jgn lupa makan ubat.cepat cepat sikit baik demam tu.
me: ok sayang.*aku pulak yang over.lantak la.
him: ok la, rehat la dulu.nak kua jap.nanti balik mesej la.
me :ok.*tgh syok msg, tiba tiba nak kua.
him:bye.salam.take care.
me: bye.wslm.
* mula mula dia text rasa cam excited gak.Tapi at last rasa cam biasa je.time tu rasa macam nak call dia and then cakap, awak saya sayang awak sangat sangat.but i cant do that because i dont want his girlfriend frustated.

25hb disember 2011
sebelom aku balik kerja, dia ada text.blablablabla.*malas nak taip kat sini satu satu mesej. And then, malam tu dia ada call.lama gak la bergayut.tapi aku still tak ada mood nak bercakap dengan dia.at the same time, his EX-girlfriend call me.of course la waiting.aku dah nak stop bercakap, tapi dia marah.dia tak nak cakap dengan EX dia tu.serba salah sangat time tu.EX dia text aku, marah marah aku.even sebelom ni, dia cakap nak berkawan dengan aku.tak nak lagi gaduh dengan aku, tak nak lagi tuduh aku macam macam, tak nak lagi fitnah aku dengan si dia.its ok.ok stop.pasal that girl wait for the next entry ok.sumpah lama gilerr cakap dengan dia.lepas tu, aku pulak yang call dia.lagi la lama kan bercakap.padahal kitorang tak tahu dah nak borak pasal apa.tut tut aku pon terkeluar la macam macam cerita pasal dia, pasal pompuan pompuan yang tergilakan dia.aku ingatkan dia ok je, tiba tiba dia macam not in mood dah.dia macam nak stop dah borak.sumpah mood dia down giler bila aku start buka cerita tu.dia marah kot kat aku.aku buat rilek je la.dah memang betol kan.DONE.dia malas dah nak layan aku.dia nak tidur.ok fine.macam biasa, aku text dia wish goodnite.and dia reply.ok, sleep dah.

26hb disember 2011.
terpaksa lepaskan dia.terpaksa buang rasa sayang kat dia.i have to.even tak pernah hilang rasa sayang kat dia since 7 years, but i have to.i know, i'm not for him.kami memang tak boleh bersama.terlalu banyak halangan.ok, tak nak cerita panjang.nanti nangis.DAMN.awak,sorry.sy terpaksa lepaskan awk atas sebab sebab tertentu.saya nak tengok awak bahagia dengan orang lain.jangan mainkan perasaan orang lain lagi.awak janji dengan saya. ok bye.

*dear khairul anuar, i have to stop missing and loving you.even it so hard for me, i will try.i want you make happiness with someone else.not with me.my heart is only belong to me, not for you sayang.i have to let you go.bye bye.taking care.xoxo.

p/s: sayasayangawaktapisayatakcintaawak

Monday, December 26

missyoumuch

Assalamualaikum

miss him much.last 2 weeks, gaduh dengan dia.ingatkan main main.tapi serius.sampai sekarang, tak ada langsung call dari dia.even text pon just empty text.tak tahu apa motif dia.tapi aku tak reply pon.*padahal rindu giler kat dia.

sayarinduawak.



sedih sangat awak buat camni.

p/s: orang yang saya rindu ialah okidokie. a.k.a fairuz hidayat. misshimmuch. xoxo.

back to the blogging

Assalamualaikum. <3

Actually, rindu sangat nak update blog.tapi masa sangat tidak mengizinkan and terpaksa private blog begitu lama.sorry.Fyi, aku tak selalu sangat update blog ni,once a week pon jadi la.Tapi aku terpaksa private atas sebab sebab tertentu dan sekarang tak private lagi dah tapi hide semua entry lepas yang tidak sepatutnya.heeeeee.terpaksa ok.have to forget my past.have to build new life.my past is very difficult to explain.and now, lets you know my new life.LIVE.LOVE.LAUGH.everything is here.i dont have anyone that i can share my problems* ayat macam emosional giler.haha.memang tengah emosional pon.anyway, just wait for the next entry ok.xoxo.

Tuesday, May 17

nak edit blog.

rasa cam nak edit blog ni la.tapi bile ey?not in mood ag nak edit blog ni.wait yee...

Sunday, May 15

kalu senyap memang camni.

huh.kalau senyap camni la jadinya.tak ade orang nak tanye pasal kita pon kan? whatever!! bubye.

Wednesday, May 11

anda cakap anda buat.

Assalamualaikum. 
Nothing to say sangat pon.just nak cakap tak paham dengan manusia tu. tolong la bertaubat karana Allah bukan kerana saya.saya bukan sape2 pon, anda buat salah dengan Allah yang maha esa.bukan dengan afila binti alias.saya sudah pon maafkan anda. segala urusan anda dengan saya sudah pon settle.so, senyum tak perlu kata apa2, please get out. jangan nak rumitkan hidup saya , jangan nak ganggu xtvt harian sy.please. jangan nak cakap je lebih. jadilah anda seperti anda yang dulu." anda cakap, anda buat." jangan anda yang buat, tapi anda nak salahkan orang lain. saya redha anda bahagia bersama orang lain.saya pon bukan kejam sangat. saya menerima takdir tuhan dan apa yang tuhan bagi ujian kat saya.saya cuba tabahkan hati walaupon pahit. hargailah orang yang selalu buat anda tersenyum. saya kena redha dan terima anda bukan untuk saya. so, please sangat2 tolong jauhkan diri dr saya. saya tak sanggup lagi nak face something yang boleh rosakkan masa depan saya.MAYBE. saya dah fikir baik2. 
sekian sahaja dari saya afila binti alias.

Sunday, May 8

not in mood nak update blog ni.

ai.sorry ye.kemalasan and not in mood nak update blog.
wait for me to update ye especially nurul ain and nur hanun.sorry korang.aku malas and aku rase cam tak sedap hati lagi sal hari tu.nanti2 la aku update blog aku ni.i need time.not only pasal tu, tapi ade masalah lain yang korang susah nak paham and aku tak nak bagi korang paham sebab aku sendiri pon tak paham sangat masalah aku ni.haha.
ok, bye2.
sekian, wassalam.
with love,ieyla alias.

Friday, April 22

dont worry ye pompuan.sy dengan rela hati remove anda dari blog saya.huuuuhhhhhhhhh.
buat la blog lain lagi ye untuk follow saya.terima kasih.
saya hargai follower saya.:)

ko nak pe hah pompuan?motif ko?



ape ko nak pompuan?

ieyla1509-ladystar.
ape ko nak weh pompuan?name blog die same ngn link blog aku.fuuuhhhhh.nak stalker blog aku sangat stalker la.aku izinkan.tapi agak2 ape motif die hah nak follow blog aku and aku nak follow blog die tak boleh.private la konon.nak mesej die pon tak boleh.fuck la ko pompuan.dah la gambar tak jelas.tak cantik la tu....!!!!pompuan, meh kite face to face nak tak?nak kenal jugak.1509 tu befday aku.ieyla tu name aku.so aku nak kenal jugak orang same name ngn aku and befday same ngn aku.hahaha...sory ye pompuan.wtf!!

Wednesday, April 20

mintak maaf mintak ampun

assalamualaikum.actually, nothing to say and tak ade ape2 bermain lam kepala otak nak story kat blog buruk ni.
just nak cakap good luck for final exam.especially paper food cost untuk esok.ahhhhh?esok dah start paper?cam tak caye plak kan.tapi kene gak jawab paper tu esok.even kepala pon dah pening study food cost ni.tapi food cost best.ok, last but not least,gud luck ye kawan2.mintak maaf mintak ampun untuk semue.wish me luck for final k.bubye.....

Friday, April 15

mood nak tengok p.s ilove you sangat tinggi.



please la.tak pernah boring layan p.s ilove you sorang2.lebih2 lagi time study week ni.100x tengok pon tak kisah.boleh kuarkan air mata ni banyak2.kan best.nangis kan baik untuk kesihatan mata.haha.betol tak tipu.100x kali tengok movie ni, 100x la nangis.

mood: nak tengok movie yang boleh kuarkan air mata.please.

Thursday, April 14

sorry.baru muncul balik.

Assalamualaikum..
sorry to say untuk anda semua.sy busy sangat lately ngn test, asaimen.biasala name pon student kan?korang yang bergelar student pon mesti cam tu gak kan bile dah nak akhir2 sem ni.actually, tak melampau sangat mood nak berbloging ni, nak focus  pd final exam plak.but singgah sekejap untuk blog yang dah berdebu ni.sekarang tgh study week and mood nak study tu tak la melampau sgt kan.paper start 21hb kot.haha.tapi dah nak kene ade mood dah ni untuk fokus study.one more, lately ni banyak gak personal problem.emmm ade la satu malam tu nangis kuat gler cam budak2.sedih yang amat sangat.perpisahan yang tak kan terjalin lagi after 5years 7 months with him.i have made my own decision and that is my truely decision even my hearth is still loving you.saya terpaksa and have let you go.i pray for ur happiness with ur loved ones and get a girl better than me.i hope that and buktikan pada saya you can do it.stop pasal ni.not interested think about this anymore.say no to crying before sleep and dont reply his message and jangan sesekali jawab call die.please la ila.now, i have to focus for my final exam.say no to movie.just focus to FINAL EXAM.
kurang kan facebook,blog tak pe.haha.and jangan fikir apa yang tak patut fikir and try to stop think about sape yang tak patut fikir.ok.let me stop here.i will come back.


note: doakan yang terbaik ye untuk final exam saya.amin....


tambahan:also done with dinner d'hoteliers.as organiser, im satisfied with our grand dinner."corporate diamond night".


tambah lagi: saya sayang blog saya even blog saya tak secantik and tak femes cam blogers lain.haha.ayat nak tacing.


tambah untuk diri sendiri: jangan sesekali mendengar cerita daripada sebelah pihak.dengar dulu drpd pihak lain and then baru boleh buat keputusan.


last but not least, rase cam nak hang out ngn kawan2.


ok, terima kasih.adiossssss...


with love, ieyla.

Friday, March 11

saya terpakse sebab dah tak tahan

"semue orang kene dengar cerite dr 2 belah pihak.tapi aku tak nak cerite pasal ko kat org lain sebab aku fikir ko.ko kawan aku.tapi ko ade fikir pasal aku?if orang dgr cerite dr ko je, memang org akn salahkan aku je.so, bek aku diam je dulu.jangan smpai aku meletup ngn ko ey kawan.ingt ey, aku pon ade perasaan ok."

"aku dah ok ngn ko, tapi ko pulak yang macam nak cari pasal ngn aku.ok.ko kan dah ade kawan baru.so tak perlu la aku nak dengki kan.thanks ye kawan."


hai u olls.tu semue status aku kat facebook pd 12/3.rase cam sakit hati sangat2 pasal mnde ni.mule2 rase tak nak fikir pasal mnde ni sebab rase cam tak perlu and tak matang sangat.tapi terpakse.geram.sedih.sentap ngn kawan 2 macam ni.ok, ila tahu dulu ila pon perangai ntah ape2 kan even ade salah sorang kawan cakap ila ni emo and mnde kecik pon nak tacing lebih2.ok.tu dulu.tapi boleh je ckit2 ubah mnde tu.ok stop ila.kan dah start emo.berbalik pd status tu,sory ye kawan.ila bukan nak sangat ungkit pasal mnde ni, tapi ila tahan and ila rase ila perlu luah kat blog ila.tak tahu lagi nak luah kat sape.nak luah kat kawan2, nanti dorang cakap tak matang pulak.status tu semue untuk kawan ila.ila dah tak kisah if awk nak terase and awk tak nak kawan ngn ila pasni.ila dah tak kisah.ila berhak buat mnde ni semua.ila pon nak jage hati ila sendiri.ila ade perasaan.ila tak tahan.sedih fikir semue ni.before this, nak buat ape2, nak makan, nak pergi mane2 mesti ila fikir pasal awk.awk dah makan ke belom.kawan2 yang lain tak de pon ila nak taking care smpai camtu.ramai kawan2 perasan mnde tu and ila selalu sgt kene perli tapi ila wat tak tahu je sebab ila fikir biar la die kawan aku kan.oww.....sekarang ni la kawan ye.menyesal pon ade jugak tapi tak baik la nak ungkit semue kan.even pasal awk pon ila tak terase pon nk story kat kawan2 lain sebab fikir  perasaan awk and ape pulak nanti pandangan kawan2 lain kat awk.tapi ila tak tahu la awk fikir ke tak semue tu.if awk ade tercerite or sengaje cerite kat orang lain pasal ila, thanks ye.sebab sekurang kurangnye ila tahu salah ila kat mane.and ade la org cerite kat ila and thanks to sape2 yang menyampaikan pd ila.and now, awk nak g mane2 sekarang awk tak bagitahu ila pon.tapi ila tak kisah sebab kan ila dah cakap tak nak amek tahu lagi pasal orang.nanti kan di cop mulut jahat pulak.awk nak pergi mane2 pon ikut suke hati awk la.yang penting awk tahu jage diri and behave yourself ye girl.sorry tindakan ila macam kejam skit tapi ila rase tak salah ila buat cmni sebab nak jaga hati and perasaan ila.if awk terasa maafkan diri ila ni ok.jangan nak terasa sangat sebab ila dah banyak sangat terasa ngn awk.dah penat ngn semue ni.sumpah tak tahan.bile cerite kat orang je, orang akan cakap buat ape nak fikir sangat pasal die, die ade ke fikir pasal awk?mesti ila akan jawab biarla die kan kawan kite, so tak salah pon kite fikir pasal die.pastu kawan2 lain akan cakap tengok la nanti ape die akan balas kat awk.emmm thanks pade kawan2 yang cakap macam tu and now baru ila nak menyesal tak dengar cakap korang dulu.betol sangat cakap korang.ye la, ila mengaku ila ni memang tak boleh lau cakap pasal kawan ni.penting sangat kawan2 ni.cepat giler emo bile cakap pasal kawan ni.bf ila pon ila tak fikir sangat.sampaikan bf ila pon malas nak layan sgt bile ila bercerite pasal kawan ila kat die.buat muke tak tahu je,ye la, bila die bg nasihat kat ila pasal kawan, ila buat tak tahu je.pastu bile bergaduh ngn kawan die jugak yang dicari.kesian die kan.tapi sekarang tak lagi ye mr cinta.sekarang awk lebih penting dr kawan sy yang sorang tu.biar la orang nak cakap ape pon bile bace ni.mesti ade yang cakap, teruk la ila ni smpai camtu skali die cakap.bf die lebih penting dr kawan die.sorry ckit ye, bukan semue kawan ok.tapi kadang2 kene jugak keluarkan status camtu.classmate ila ade je buat status camtu.bf lebih penting dr kawan2.biar la die.tu kan bf die.ikut suke hati die la.eh ape2 je la ila ni merepek.yang penting mak and abah ila adalah segala galanya.so kepada awk,sorry sangat2 sebab buat camni.ila tak nak awk bersedih ye if awk bce ila pnye blog ni.ila tak nak awk fikir ila ni jahat sangat smpai sanggup cerite pasal awk kat blog.tu pon cukup baik tau ila tak cerite kat semue kawan2.ila tahu awk pon ade hati dan perasaan.ila tak nak aib kan awk depan kawan yang lain.biarla mereka tahu kenape ila ngn awk dah tak rapat macam dulu lagi drpd org lain.ila tak nak cerita.ok, setakat ni je la kot ila boleh luah.maybe next time ade lagi.wait and see je la.

hanun:thanks hanun sebab awk sokmo bagi nasihat kat saya pasal mnde ni.nasihat anda sangat bergune.even awk sendiri pon mengalami mnde yang same kan.tapi awk tak mudah melenting cam sy.awk diam je bila orang buat awk g2.awk profesional.

ain:thanks babe, sabar je ey.kite same2 face mnde ni k.semue orang berhak 
nak buat kite macam ni kan.



for my dear,mr cinta

please la.miss u.


::this is how i feel::

-the end-


Wednesday, March 9

cara cara menghadapi tekanan.

Assalamulaikum.
oleh kerana minggu ni ila banyak sangat masalah, so ila nak kongsi ngn korang cara cara menghadapi tekanan.even tak semue ila amalkan, tapi ada la jugak cikit2 kan?tak kan la tak amal kan.


KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan.Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa kepada semua orang di sekeliling.
Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwudukJiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan AllahKita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis. 
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
ppppsssstttt:di ambil dari laman web mutiara hati.terima kasih.

Tuesday, March 8

saya rindu nak hang out bersama ilya.

ilya anis, saya rindu nak hang out ngan awk.hehe.tu je saya mampu luahkan.
this is ilya anis mohd badron





dan bersama mereka.







byebye.
with <3
~ieyla~

Saturday, March 5

4 februari 2011

thanks to mr.cinta<3 sebab bawak sy tengok anak sedara baru awk.even sekejap pon its ok la.and belanje sy mcd even mse tu awk tgh marah kat sy kn.hehe.sayang awk.<3 mcd.and layan ngn perangai sy yang ntah ape2 ni and maafkan sy sebab sy yang buat salah kan.lau tak, sape la nak hantar sy balik dungun kn.menangis la kat situ.hehe.anyway, thanks sayang.suke100x.


harapan:mintak2 la awk balik trg time birthday awk nanti ye.please la.
pesanan untuk mr.cinta:drive elok2 balik sane.

with <3,
-ieyla-

Thursday, March 3

mr.cinta

ai u olls.
i nak bgtau kat korang sume ni.now, i have mr.good enough, i means mr.cinta.
mr.cinta yang i maksudkan bukan mr.cj7 yang i pernah story pasal die dulu.die dah tak ade kene mengene ngan hidup i skunk.paham?
i love mr.cinta.

threewords.me

kenapa perempuan mudah menangis..

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”





Wednesday, March 2

tekanan menguasai diri.again.

tekanan menguasai diri??yes.sangat2 tertekan dengan kehidupan minggu ni.
first sekali, of kos la test kan.as i told you, dis week i have to face 2 test.housekeeping theory and marketing.
soalan untuk housekeeping tu boleh la tahan susahnye.tapi study kan, boleh la jawab.if tak study boleh jugak kot jawab but common sense la kan.done with housekeeping test.now, marketing.nak kate susah tak la jugak.alhamdulillah boleh jawab.but ade la tinggal satu soalan.tak leh nak fikir dah ape nak jawab kan.komfem2 dah hilang 6 markah.banyak tu.cukup, jangan fikir lagi pasal mende lepas.ok, stop pasal test sebab tak nak fikir dah pasal test.now, sy nak story ckit kenapa tekanan menguasai diri.dis week banyak sangat masalah.tension sangat.macam2 kene fikir.tapi kene jugak face mende ni semue sebab ade yang melibatkan tanggungjawab.walaupon sy tak setanggungjawab orang lain tapi sy fikir jugak tugas sy.nanti ape pulak orang lain fikir, kan?let me list beberapa tekanan yang menguasai diri.


1.lets talk about friends.
-ok.hari tu kan ade entri yang lepas sy say sory kat my friend.kami ade masalah.attention please, tu bukan kawan kat uitm dungun ok.jangan salah paham.actually, we have problem.tak perlu la nak story kat sini kan problem ape.tapi, kami dah berbaik.kami tak suke gaduh lame2.die kawan baik sy.so, tak kan buruk2 kan kawan baik sy sendiri.iloveu nik.now, pasal kawan kat uitm dungun pulak.kenapa semue orang macam nak tinggi suare ngan saya?ye, sy tahu, sy bile bercakap mesti kuat and dengan mulut sy yang jahat ni, sy selalu buat orang sakit hati kan.sy selalu perli2 orang and selalu sangat cakap terus terang bile sy tak suke orang tu.tapi orang mentang2 sy tak kisah orang nak bergurau ape ngan sy, korang suke hati je nak kate ape kat sy kan.sy tak kisah nak bergurau as long as you rase tak sakitkan hati orang.tapi hari tu sy terasa sangat2 ngan someone.even awk kawan sy, sy setuju awk couple ngn die, tak bermakne sy setuju semuenye.and now awk sangat annoying.awk ingat semue orang suke awk cuople ngan die and even kawan sy professional tahap mane pon ingat senang ke nak terime semue tu?sorry to say.and entri sy yang sentap pon sy tujukan khas untuk awk.sorry to say again.sy dah lame sabar.and for you kawan, sy tahu awk sentap ngan sy tapi sy terasa sangat sebab sejak akhir2 ni awk selalu tinggikan suara ok.i know, awk sibuk, banyak kerje nak kene buat.its ok.sy faham.sorry.


2.dinner dhoteliers.
-we are dhmpart4 as organizer for our dinner faculty with corporate diamond theme.
now , kami dah start sibuk2 ngan tugas masing2.me, sebagai exco jemputan ditugaskan berkerjasama dengan afiq.sorry to say afiq, aku susah nak cooperate ngn ko.jujur.aku tahu, bile ko dah diberikan tugas tu, ko kene buat keje tu kan.for example, pasal design kad jemputan tu sepatutnye kite yang kene design kan.ok, ko boleh buat.aku tak boleh buat sebab aku tak kreatif.so, aku serahkan kat ko.design ko dah siap, exco lain pon ade jugak tolong design kad tu.ok, kite kene terime jugak idea orang lain.kite bekerjasama satu batch ok untuk diiner ni kan.so,kenelah terime jugak idea orang lain.tapi ko cam susah nak terime.aku tak cakap yang ko buat tu tak cantik, ko dah cube buat and ko ade hak nak berkeras gne ko punyer design sebab ko yang ditugaskan pasal tu.tapi, kite cube la terime pendapat orang lain jugak.aku tahu, ko dah buat penat2 mende tu, sunawan pon dah explain mende tu sume kat aku and sunawan cakap orang kene fikir la ckit tugas ko kan, ko dah buat penat2 mende tu and tibe2 ade pulak orang lain buat design lain, memang la nak marah kan and sunawan pesan kat aku suh orang yang buat design baru and tak suke ngan design afiq tu bawak die punyer design baru time meeting.biar semue orang setuju yang mane satu nak pilih.ok, sekarang kite ade two design.satu yang ko, and satu lagi yang hanun design.majority orang suke yang hanun design sebab maybe die punyer color and tulisan tu menyerlah.ni aku punyer pandangan la.sorry afiq, aku kene jujur ngan ko, yang ko buat tu dah ok sebenarnye tapi color die tak menarik.sorry.pastu mase aku tanye tadi ko macam tak puas hati sebab orang tak terime ko punyer design.aku tanye ko pon ko macam tak nak jawab je kan.its ok la.aku lebih suke ikut majoriti.so, nak tak nak ko kene terime jugak design yang hanun buat.nak suh aku buat memang tak lah, ko asyik fikir kad je, surat sume2 tu ko tak tnye pulak kan.its ok la, aku tak nak mengungkit.aku kene buat keje aku.ok.stop.sorry again.


3.mr cinta.
-awk.sorry.saya tak nak story panjang pasal awk sebab sy sangat2 frust ngan awk.boleh tak kite stop couple and give me time to think about it.(tak kan la kot)awk terlalu mengongkong sy.sy rimas.sy lambat reply mesej pon awk dah macam ape nak marah kat sy kan.awk, tolong la jadi awk yang sy kenal dulu.dulu sy bebas nak kuar ngan kawan2 sy.but now, nak kene inform awk nak g mane2.sy ade life sy sendiri.sy tak suke bf sy tk bagi sy kuar ngan kawan2 sy.sorry, sebab sy nak pergi mane2 sy tak bgtahu awk and sy rase tak perlu even ngn mak n abah sy pon sy tak inform macam tu skali.awk, kan dah lame awk kenal sy.sy jenis tak suke nak kuar ngan awk everyweek or nak kene jumpe selalu.sorry, sy tak suke.dulu awk boleh faham, tapi kenapa sekarang susah?yes.iloveyou.awk sweet.tapi tak semestinye sy suke cara awk layan saya and suke ngan cara awk amek hati sy.and sorry jugak sy bukan jenis girl yang sanggup buat ape saje untuk awk.ok, sy boleh susah senang ngan awk tapi tak sanggup buat ape saje demi awk.and awk tahu kan, sy bukan jenis pompuan yang selalu ikut cakap awk kan.malam tu awk ade mesej sy yang awk nak balik terengganu and awk nak kuar ngan sy and nak bawak sy g umah awk sebab nak tengok ank sedare baru awk kan.its ok, tak pe.sy setuju nak g sebab nak tengok baby.pastu sy cakap kat awk sy tak nak duk lame2 sebab sy nak balik.nanti mak sy marah.awk sendiri pon dah tahu kan sy tak kan stay umah awk lame2 kan.mak sy tak suke camtu.nanti ape pulak cakap orang sekeliling umah awk.sy lebih sayang kan mak sy drpd awk, so sy kene ikut cakap mak sy.sorry ye awk.sy sayang awk jugak la.hehe.but now, sy tunggu mesej awk je ni nak tahu awk balik ke tak minggu ni.please la balik.imissyou.tapi lau awk balik hari sabtu je boleh jupe sebab hari jumaat cousin sy nak bertunang.so, please inform me awl2 ok sayang.btw, sorry sy tak balas mesej awk and tak jawab call awk sebab sy betol2 nak marah kat awk.sorry.


4.homesick
-please la nak balik umah.saya betol2 rindu umah ni.yeeeaaahhhhh esok balik.suke2.tak sabar ni.balik umah tak nak fikir pasal ape2 yang berlaku and maybe hari sabtu baru kuar ngan die.kalau die balik la kan.hehe.emmm but hari jumaat kene kuar jugak sebab cousin nak bertunang.tapi tak pe la, sekurang kurangnye tak la fikir problem sangat kan.please la tak sabar nak balik umah ni.heheheheheeh.....suke100x.


ok, thats all beberape tekanan yang menguasai diri sy.
ikhlas dari hati.tapi ade lagi yang terpendam.
kalau luah semue, takut termaki kat orang pulak.so, baik senyap je dulu.


to wawa,farid, amir:aku bukan tak nak ikut korang outing minggu ni, tapi sebab korang nak g mesre mall.aku tak nak ikut.lau korang pegi kaytee aku ikut la sebab korang tak kenal sangat kan jalan.so, sorry ey korang.lagipon hari jumaat ni cousin aku nak bertunang.sorry sangat2.jangan salah paham ok.


to hanun:banyak2 sorry daripada diri sy.emosi tak menentu.ilove you hanun.


to ain:hope ko lebih sukses ngan bisnes ko ey.aku sokong ko.dont worry.teruskan usehe ko ok.love you babe.


yuzi mimi:happy birthday.may god bless you ok.imissyou.bile nak balik dungun ni?nak hadioh dop?hehe.iloveyou more la.




                                      -birthday girl-






to wawa:sorry sebab macam tak de mase sangat ngan awk skunk ni.sorry sangat2.iloveyoufriend.


and kawan2 yang lain jugak, ilove korang ok.


to mr cinta:ilove you ok.taking care.


mak and abah.orang paling penting.sayang mak and abah banyak2.paling banyak ok.(taip dalam keadaan air mate mengalir.)


ok, sekian.wassalam.

Tuesday, March 1

sentap!!

aku sentap ngan ko la bongok!!
faham2 sendiri la wahai manusia.

ikhlas dari hati kepada KAMU
-IEYLA-

say sorry

for my dearest friend.
im sorry.i dont want to fight with you.
i love our friendship..please.
kite dah besar ok.so, think about it.
sorry dear.

with <3,
-ieyla-

renungan kaum hawa

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.



Sunday, February 27

siapa lebih cemburu?


Perempuan kuat cemburu? Lelaki pun apa kurangnya kan? Kalau tanya perempuan tentu tentu perempuan akan jawab lelaki.Bila tanya lelaki, mereka jawab perempuan. Sebenarnya, sama je.
Kenapa perempuan kata LELAKI kuat cemburu?
1- Kalau si GF tegur si BF yang cuba nak berbaik baik dengan kawan perempuan,kawan sekelas ke. Mereka akan cakap “Nak berkawan pon salah?” “Perempuan ni memang suka kongkong lah”. Tapi kalau si GF buat benda yang sama, baik baik dengan kawan lelaki, mulalah si BF nak merajuk & emosi.
2- Yang dah kahwin lain pulak ceritanya. Lagi lagi kalau isteri tak bekerja, duduk kat rumah jaga anak anak. Bukan main ligat lagi si suami keluar lunch dengan kawan kawan ofis, si isteri senyap je. Tapi bila isteri ber-Facebook, komen komen blog rakan blogger kat rumah mulalah nak sindir sindir, merajuk, tarik muka. Walaupun tak semua  suami macam ni tapi ada jugak kan?
3- Cemburu si GF/isteri dengan kawan lelaki tu boleh diterima lagi, biasalah kalau dah sayang kan. Tapi ada jugak lelaki yang jeles dengan kawan kawan perempuan pasangan dia. Sampaikan GF/isteri selalu calling2 dengan bestfriend nak ajak bergossip pon dia merajuk.  Jangan cakap takde, ada ye! Walaupun tak semua.
Kenapa lelaki kata PEREMPUAN kuat cemburu?
1- Perempuan ni berjiwa sensitif, kalau si Bf  macam cuba nak beramah mesra dengan cashier masa nak bayar barang atau toll gate girl time nak bayar duit tol pun dah muncung sedepa. Mulalah nak ungkit. Cerita 4tahun lepas pun boleh keluar.
2- Kawan kelas si GF bagi sms or call nak tanya assaignment pon, si GF kata si BF nak menggatal dengan perempuan lain. (Tapi yang perempuan tu pon, macam dah tak da kawan kelas perempuan yang lain pulak kan? Kan dah emosi)
3- Bila si BF/suami nak pergi reunion, mulalah nak cakap “tu nak pergi jumpa awek lama la tu” or “ni mesti nak mengelak keluar dengan i kan?”.
Kesimpulannya, cemburu ni normal. Cemburu tu tandanya sayang. Kalau tak sayang, suka hati awaklah nak terjun longkang ke parit ke. Sebab dah sayang kena lah jaga molek molek kan?
info: Kenapa perempuan selalu di ‘COP’ kuat cemburu?
1. Perempuan lebih cenderung untuk tunjuk cemburu tu dengan reaksi muka,tindakan, bebelan. Lelaki lebih suka, simpan dalam hati & menunjukkan dengan cara sendiri yang lebih tersirat. Ego!
2. Perempuan lagi kritikal dalam berfikir.Tapi terlampau memikirkan sangat sesuatu perkara sampai memberi kesan kepada life sendiri pon tak bagus. Yang lelaki,selalu menganggap benda tu sebagai remeh, malas nak pikir & tak perlu nak serius sangat. Kadang kadang tu macam ignorant pon ada.
.
ppsssssttt:kepada KA, jangan nak cemburu sanagt ey.jangan sampai saya rimas ngan perangai awk.!